Mengapa bergaduh?
*Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain.
*Anak berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.
*Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain.
*Anak-anak berasa bosan, penat atau lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.
Bagaimana tangani pergaduhan
*Jangan memihak dan terbabit dalam pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal.
*Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.
*Jangan buat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.
*Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.
*Ajar anak saling bermaafan selepas bergaduh.
*Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan dengan baik, jangan tengking atau membebel
sumber : majalah pa&ma (http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tangani-adik-beradik-bergaduh-1.192168)
0 comments:
Post a Comment