Sunday, September 1, 2013

~10 Tip Asuh Anak~

Berikut 10 tip mudah untuk anda ikuti agar si kecil membesar sebagai insan yang baik.

1.      Berilah nama panggilan yang baik dan mempunyai makna yang elok supaya nama yang diberi sinonim dengan akhlak pekerti yang mulia.

2.      Peluklah si kecil setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3.      Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang kerana ia dapat memberikan keyakinan kepada mereka.

4.      Berikan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja dalam bentuk hadiah, malah ciuman, pujian dan juga senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan.

5.      Terima mereka seadanya. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya                  kanak-kanak yang sedang membesar dan tidak terkecuali melakukan kesilapan.

6.      Jangan mengeluh di hadapan mereka kerana keluhan membuat mereka berasa diri meraka beban untuk anda.

7.      Dengarlah cerita anak-anak anda. Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda bercakap. Ini akan mengajar anak tentang giliran untuk                    bercakap tanpa mencelah.

8.      Tenangkan anak jika setiap kali mereka melakukan kesalahan. Terangkan kepada mereka mengapa ia salah agar mereka jelas dan tidak lagi mengulanginya.

9.      Anda adalah cikgu terbaik untuk anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana mereka akan mengikut apa yang anda buat.

10.  Luangkan masa bersama. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka agar mereka dapat rasa kepentingan kehadiran diri mereka dalam                      keluarga.

0 comments: