“Jangan diturutkan sangat kemahuan anak-anak. Nanti mereka spoil”. Pasti anda pernah mendengar nasihat ini. Namun sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Kita mahu mereka bukan sekadar jadi pemerhati atau pendengar di kalangan rakan-rakannya. Ketahuilah cara untuk merealisasikan impian tanpa memudaratkan perangai mereka.
Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan keperluan anak-anak. Ketahulilah impian mereka kerana ia akan memudahkan anda untuk memotivasikan mereka untuk mendapatkannya.
Jangan ikuti kemahuan mereka tanpa meletakkan sebarang syarat. Umpamanya, sekiranya anak anda inginkan PS3, katakan padanya boleh. Anda boleh belikan tapi dengan syarat.
Syarat yang anda kenakan akan membuatkan mereka lebih berusaha agar impian untuk bermain PS3 seperti rakan-rakan yang lain tercapai. Bahkan, syarat itu juga akan membuatkan mereka tanamkan di minda, jika inginkan sesuatu kena ada usaha yang dilakukan untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.
Didiklah anak-anak dengan psikologi yang sesuai dengan umur mereka agar mereka dapat berfikir dengan lebih kreatif dan pantas.
0 comments:
Post a Comment