Saturday, November 27, 2010

UPDATE BLOG.....

orang update blog satu hari, satu cerita.
tapi.aku?????hi3..
satu hari, 2 3 cerita.tp.lepas update.lama jgk nk ke update balik.hu3
baru nak blaja2 nak berblog.

eman suke ..........kacau adik aril.

aril nak tido.emanpn nk tdo dlm buai jgk

suka main kepala aril

ADIK

gambar masa umur 4 hari.


  
tgk sape 2.dik. 

Saturday, November 13, 2010

EMAN

eman yang banyak mulut.tapi.kat rumah jer.hi3.kalau kat umah org lain atau orang tanya ke.senyap jer.kat rumah sendri.pot pet.pot pet.apa 2?nape jd cm2?pasni nie,citer apa lak?

video

MUHAMMAD ALIF AIRIEL



video

Wednesday, November 10, 2010

ADIK NAK MAIN...

Nak ikan 2.

Uitt?nape ikan nie tak bergerakpn..

ERMMMM......


Tengah fikir masa hadapan.
Nanti besar nak jadi apa ek.polis? erm. eman rendah. 
Jadi ultraman pun ok jugak,kn.kn.

tengok tv

Eman tengah tengok kartun doraemon. Adik Aril pun nak join sama.


27/10/10(rabu)

DEMAMMM….

Demam n selsema.

Sunday, November 7, 2010

Jangan biarkan bayi menyusu sendirian

PENGHUJUNG September lalu, Suryanti Mamat, 27, menghabiskan waktu hujung minggu dengan berehat bersama keluarganya di rumah. Sambil melayan kerenah anak pertamanya, Muhammad Afi Naim Mohd. Azuar, 15 bulan, yang semakin aktif, dia sempat meneliti berita daripada akhbar Kosmo!.
Sebuah laporan di muka surat tiga bertajuk: ‘Bayi tiga bulan mati tercekik susu’ menarik perhatiannya. Kisahnya adalah mengenai kematian bayi kepada pasangan Mohd. Fairuz Mohamad Stap, 31, dan Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, akibat tersedak susu ketika berada di bawah jagaan pusat asuhan kanak-kanak.
Sambil memandang Muhammad Afi Naim yang leka bermain, jantungnya mula berdebar kencang. Dia terimbas kisah lalu apabula anak sulungnya itu pernah mengalami situasi sama. Namun, dia bernasib baik kerana sempat bertindak dan mengawal situasi itu sebelum menjadi lebih teruk.
Ketika kejadian itu, Suryanti pada mulanya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana anaknya itu tidak sendawa seperti biasa selepas meminum susu.Selepas beberapa minit, susu yang diminum anaknya itu tersembur dan keluar dari hidung Muhammad Afi Naim. Oleh kerana terlalu panik, Suryanti cuba melakukan bantuan rawatan kecemasan walaupun tidak mengetahui teknik yang betul.
“Setelah beberapa kali menepuk belakang Muhammad Afi, dia masih menunjukkan tanda-tanda mahu bernafas. Saya terus menelangkupkan badannya dengan menghalakan kepalanya ke bawah. Selepas beberapa kali menepuk belakang badan anak saya itu, akhirnya dia kembali bernafas.“Saya tidak pasti sama ada cara yang saya lakukan itu betul kerana saya tidak pernah mempelajari teknik membantu kanak-kanak tercekik susu,” kata pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa (IIC) itu ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Maut dalam masa lima minit
Situasi bayi tercekik pastinya bukan hanya dilalui oleh pasangan Suryanti dan Mohd. Azuar Shamsuddin, 27, sahaja, bahkan ia menjadi isu penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kerana ia bukan kes normal dan lebih teruk, boleh meragut nyawa.
Pakar Pediatrik dari Pusat Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zurina Zainudin berkongsi pandangannya mengenai masalah tercekik susu yang berlaku kepada bayi yang berusia di bawah umur setahun itu.

Ia berlaku apabila terdapat cecair yang masuk ke dalam saluran pernafasan dan seteguk susu mampu menyebabkan kematian bayi.
Beliau menambah, untuk menolak kembali susu yang masuk ke saluran itu, tindak balas cough reflex (refleks batuk) perlu berlaku dalam sistem itu. Namun, sel-sel pada saluran pernafasan bayi masih tidak matang dan tidak kuat untuk menolaknya dan itu yang menyebabkan bahaya.
“Apabila air memasuki saluran pernafasan, ia menutup laluan oksigen ke otak. Sekiranya oksigen tidak sampai ke otak dalam tempoh lima minit, ia boleh mengundang kematian,” terang Zurina.
Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan perkara itu?
Dr. Zurina yang berpengalaman dalam bidang pediatrik selama 11 tahun itu menjelaskan, ibu bapa harus peka dengan kaedah penjagaan bayi bagi mengelakkan masalah itu daripada berlaku.
Ibu bapa mahupun penjaga seharusnya tidak membiarkan bayi menyusu secara bersendirian. Keadaan lebih bahaya jika bayi tersebut tertidur dan botol susu masih dibiarkan melekap di mulut bayi.“Ini yang sering berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak. Bila terlalu ramai yang harus dijaga, bayi akan dibiarkan bersendirian ketika menyusu,” katanya.Beliau menasihatkan ibu bapa agar memilih puting botol susu yang mempunyai lubang yang sempit bagi mengelakkan susu mengalir laju tanpa kawalan. Selain itu, beliau mengingatkan ibu bapa supaya meninggikan kepala bayi ketika menyusu dan memegang botol susu ketika memberi susu kepada bayi. “Jangan sendal botol susu dengan bantal sebaiknya ibu bapa pegang botol susu pada kedudukan antara 45 hingga 60 darjah,” katanya.Dr. Zurina turut menyeru ibu bapa dan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) agar mengambil inisiatif mempelajari teknik bantuan cemas dan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).Biru tanda tidak bernafas
Pendapat sama turut disuarakan oleh jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Wilayah Persekutuan, Muhammad Zulkarnain Rusli, 31.Beliau menjelaskan bahawa situasi bahaya itu perlu ditangani segera melalui rawatan CPR kerana dalam tempoh beberapa minit sahaja masalah tersedak boleh meragut nyawa bayi.
Katanya, situasi itu boleh menyebabkan kematian sementara iaitu kematian klinikal. Kematian klinikal diterjemahkan sebagai nafas yang terhenti dalam suatu tempoh dan berpeluang untuk kembali normal. Bantuan pantas perlu diberikan kerana komplikasi teruk pada otak boleh berlaku dalam masa selepas empat minit.
Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang bayi itu tercekik susu boleh dilihat melalui keadaan tubuhnya yang lembik, tidak bernafas, bibir kebiruan dan tiada respons.“Bila berhadapan situasi itu, tiada apa yang perlu dilakukan oleh penjaga melainkan rawatan awal iaitu CPR,” katanya.

edit by KOSMO (08/11/10)

Wednesday, November 3, 2010

Peragaan @ Gaya Si Comel Berbaju Raya


Jangan ketinggalan untuk menyertai contest best ini.Penganjur sudah extend tarikh tutup sehingga 8 November 2010 :)

berminat? jangan segan-segan >klik di sini<

dianjurkan bersama

.babyibu
.azzamoro

ditaja oleh

.BabyRuffkins
.eoeonline
. Gin n Jackie
. Izzabakery
.mahanim
.Myavenue888
.Mysuperkids
.SecretBargains
.Sofeababywear
.Tote Boutique
.Tupperwareville
.Vicroria's Secret Heaven

                                                          ---------------------------------

Ini dia si kecil comel molek yang tengah senyum dengan senyuman yang manis serta menggoda disamping pakaian raya yang penuh segak dan bergaya.
Inilah hasilnya (^_^)


Nama : Muhamad Alif Aiman
D.O.B : 29 Januari 2008
Umur : 2 Tahun 9 Bulan

Tuesday, November 2, 2010

Belajar Melalui Peniruan

MENIRU adalah perbuatan terlarang dalam bilik peperiksaan. Tapi tahukah anda, kita mampu menjadi seorang yang berjaya dengan MENIRU dalam kehidupan seharian ?
Bayi belajar sesuatu perkara dengan meniru apa yang diperkatakan dan diperbuat oleh orang yang berada di sekelilingnya. Sedar atau tidak, bayi yang dulu tidak mengerti apa - apa, kini sudah mampu berjalan dan bertutur seperti anda. Semuanya melalui konsep peniruan.
Kebaikan yang dilihat akan ditiru, begitu pula sebaliknya.
Dalam bidang perniagaan, Francais adalah salah satu bentuk peniruan dalam perniagaan. 50 tahun dulu, Francais tidak diterima masyarakat kerana dianggap meniru kejayaan restoran lain, tapi kini ia amat popular dan tersohor. Dengan sejumlah modal, anda akan diajar untuk meniru 100% apa yang telah dilakukan oleh syarikat asal. Susun atur, menu, pakaian pekerja dan pengurusan KFC di Malaysia adalah sama dengan KFC lain di seluruh dunia.
MLM juga adalah perniagaan yang berkonsepkan peniruan. Jika anda berjaya meniru jejak upline yang berjaya, maka anda juga akan berjaya. Risiko dan modalnya lebih rendah berbanding Francais. Oleh sebab itulah, MLM semakin popular pada masa kini. Namun, persoalannya mampukah anda meniru jejak - jejak mereka yang telah berjaya ?
Begitu juga seorang anak kecil yang baru mula mengnal dunia, mereka belajar daripada meniru semua yang mereka lihat. Mereka akan meniru bunyi perkataan yang keluar dari mulut kedua ibubapa, meniru perbuatan yang dilakukan oleh rakan sebaya, malan mereka belajar bagaimana mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan daripada bagaimana orang sekeliling mereka mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.
Sekiranya ibubapa memaksa mereka untuk mendapatkan apa yang ibubapa inginkan dari mereka, begitu jugalah sebaliknya, mereka akan memaksa ibubapa untuk tunduk dan mengikuti perintah mereka.
Sekiranya ibubapa memukul untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan, mereka juga akan cenderung untuk memukul untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Namun, sekiranya ibu bapa sentiasa berlembut dengan mereka, dan mereka selalu menang, mereka akan menganggap seluruh dunia akan bersikap demikian dengan mereka nanti, mereka tidak akan jadi seorang yang cekal.
Mendidik anak adalah seni. Seni menyeimbangkan antara kemenangan dan kekalahan, perkara yang betul dan perkara yang salah, perkara yang indah dan perkara yang buruk, kerana semua itu adalah lumrah kehidupan, dan apa yang anak dapat belajar dari setiap peristiwa yang berlaku.
Mendidik anak bukanlah seperti menanam pokok, atau membina banngunan. Ia juga bukan seperti melakukan pengiraan matematik, di mana semua itu mempunyai rumus-rumus yang tersendiri dan tidak boleh berubah.
Mendidik anak adalah seni, yang diasaskan oleh kecintaan kedua ibubapa terhadap seorang anak, dicampur dengan bagaimana pemerhatian dan usaha yang mereka curahkan, dipandu oleh ilmu pengetahuan, baik dari sudut memahami emosi, membina kebijaksanaan, mendidik akhlak dan sopan santun, yang akhirnya mengajar mereka, seorang anak, tentang hakikat kehidupan.
Bagaimana Rasulullah SAW pernah menyebut :
"Ajaibnya seorang mukmin, semua yang berlaku kepadanya adalah kebaikan, dan perkara ini tidak akan didapati kecuali pada seorang mukmin. sekiranya mereka diberikan nikmat maka mereka bersyukur, maka nikmat itu jadi baik buat mereka. Manakala sekiranya mereka ditimpa musibah, mereka bersabar, maka musibah itu juga jadi baik buat mereka."
Anak kecil yang belajar dari peniruan perlu berhadapan dengan dunia sebenar, bukannya dunia yang dikawal oleh kedua ibubapa. Dan dari peristiwa-peristiwa yang mereka lihat, ajarkan apa itu hakikat kehidupan, bagaimana sepatutnya mereka bertindak dan apa erti disebalik peristiwa tersebut.