Tuesday, November 2, 2010

Belajar Melalui Peniruan

MENIRU adalah perbuatan terlarang dalam bilik peperiksaan. Tapi tahukah anda, kita mampu menjadi seorang yang berjaya dengan MENIRU dalam kehidupan seharian ?
Bayi belajar sesuatu perkara dengan meniru apa yang diperkatakan dan diperbuat oleh orang yang berada di sekelilingnya. Sedar atau tidak, bayi yang dulu tidak mengerti apa - apa, kini sudah mampu berjalan dan bertutur seperti anda. Semuanya melalui konsep peniruan.
Kebaikan yang dilihat akan ditiru, begitu pula sebaliknya.
Dalam bidang perniagaan, Francais adalah salah satu bentuk peniruan dalam perniagaan. 50 tahun dulu, Francais tidak diterima masyarakat kerana dianggap meniru kejayaan restoran lain, tapi kini ia amat popular dan tersohor. Dengan sejumlah modal, anda akan diajar untuk meniru 100% apa yang telah dilakukan oleh syarikat asal. Susun atur, menu, pakaian pekerja dan pengurusan KFC di Malaysia adalah sama dengan KFC lain di seluruh dunia.
MLM juga adalah perniagaan yang berkonsepkan peniruan. Jika anda berjaya meniru jejak upline yang berjaya, maka anda juga akan berjaya. Risiko dan modalnya lebih rendah berbanding Francais. Oleh sebab itulah, MLM semakin popular pada masa kini. Namun, persoalannya mampukah anda meniru jejak - jejak mereka yang telah berjaya ?
Begitu juga seorang anak kecil yang baru mula mengnal dunia, mereka belajar daripada meniru semua yang mereka lihat. Mereka akan meniru bunyi perkataan yang keluar dari mulut kedua ibubapa, meniru perbuatan yang dilakukan oleh rakan sebaya, malan mereka belajar bagaimana mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan daripada bagaimana orang sekeliling mereka mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.
Sekiranya ibubapa memaksa mereka untuk mendapatkan apa yang ibubapa inginkan dari mereka, begitu jugalah sebaliknya, mereka akan memaksa ibubapa untuk tunduk dan mengikuti perintah mereka.
Sekiranya ibubapa memukul untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan, mereka juga akan cenderung untuk memukul untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Namun, sekiranya ibu bapa sentiasa berlembut dengan mereka, dan mereka selalu menang, mereka akan menganggap seluruh dunia akan bersikap demikian dengan mereka nanti, mereka tidak akan jadi seorang yang cekal.
Mendidik anak adalah seni. Seni menyeimbangkan antara kemenangan dan kekalahan, perkara yang betul dan perkara yang salah, perkara yang indah dan perkara yang buruk, kerana semua itu adalah lumrah kehidupan, dan apa yang anak dapat belajar dari setiap peristiwa yang berlaku.
Mendidik anak bukanlah seperti menanam pokok, atau membina banngunan. Ia juga bukan seperti melakukan pengiraan matematik, di mana semua itu mempunyai rumus-rumus yang tersendiri dan tidak boleh berubah.
Mendidik anak adalah seni, yang diasaskan oleh kecintaan kedua ibubapa terhadap seorang anak, dicampur dengan bagaimana pemerhatian dan usaha yang mereka curahkan, dipandu oleh ilmu pengetahuan, baik dari sudut memahami emosi, membina kebijaksanaan, mendidik akhlak dan sopan santun, yang akhirnya mengajar mereka, seorang anak, tentang hakikat kehidupan.
Bagaimana Rasulullah SAW pernah menyebut :
"Ajaibnya seorang mukmin, semua yang berlaku kepadanya adalah kebaikan, dan perkara ini tidak akan didapati kecuali pada seorang mukmin. sekiranya mereka diberikan nikmat maka mereka bersyukur, maka nikmat itu jadi baik buat mereka. Manakala sekiranya mereka ditimpa musibah, mereka bersabar, maka musibah itu juga jadi baik buat mereka."
Anak kecil yang belajar dari peniruan perlu berhadapan dengan dunia sebenar, bukannya dunia yang dikawal oleh kedua ibubapa. Dan dari peristiwa-peristiwa yang mereka lihat, ajarkan apa itu hakikat kehidupan, bagaimana sepatutnya mereka bertindak dan apa erti disebalik peristiwa tersebut.

0 comments: