Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu
badannya yang normal ialah 36 hingga 37Oc. Suhu badannya yang melebihi
37Oc menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan,
suhu badan melebihi 37Oc adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga
boleh mencecah 40Oc, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau
serangan sawan kepada bayi anda.
Tindakan Anda :
• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.
• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.
Ubat Demam
Beri ubat demam mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor. Beri ubat demam secara konsisten supaya suhu badannya berkurang. Pada masa yang sama sentiasa kawal suhu badannya untuk mengelak daripada meningkat kepada 40Oc yang mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Dalam pada itu, ubat demam yang diberi melalui dubur (pastikan ubat demam jenis ini sentiasa ada dalam simpanan anda untuk keperluan kecemasan) boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40Oc. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Juga pastikan termometer (digalakkan memiliki termometer digital) sentiasa di dalam beg anda.

Mesti Tahu
Pengalaman seorang teman penulis memberitahu jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Pengalaman seorang teman penulis memberitahu jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan
biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan
mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya
sudah mencecah 40Oc. dia akan kembali normal setelah badannya kembali
sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar.
Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).
Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah
berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda
mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah
berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak
berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku
kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini
boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak demam!
*sumber : majalah pa & ma
0 comments:
Post a Comment