Memperoleh cahaya mata adalah saat yang paling
bahagia. Apatah lagi jika waktu penantiannya cukup lama. Kerana itulah
ramai yang menuruti segala kemahuan anak kerana tak mahu insan yang
disayangi rasa kecewa.
Antara sedar atau tidak,
ibu bapa sebenarnya telah memberikan didikan yang salah dalam usaha
menggarap potensi diri si anak menjadi lebih berdikari dan cemerlang di
masa hadapan. Mungkin kerana tak ingin anak yang disayangi merasai
kesusahan yang dilalui ibu dan bapa satu ketika dahulu, lantaran itu
kemewahan diberi tanpa tapisan.
Wang dan kemewahan
hanyalah elemen sampingan dalam menjayakan watak yang dikehendaki.
Mungkin ada yang terlupa, insan kecil ini adalah amanah dari Yang Maha
Kuasa. Disebabkan itulah mereka perlu diberi ilmu yang berkualiti serta
sahsiah diri yang sejati. Antaranya suami isteri perlu praktikkan petua
berikut dalam mendidik anak-anak:-
1. Gunakan Nama Atau Panggilan Yang BaikNama
yang baik dikatakan membantu memperelok peribadi diri si anak. Biarpun
dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Mat
Kopi’ kerana fizikal yang kurang disenangi. Sebagai ibu bapa, mereka
seharusnya peka pada emosi dan sensitiviti anak masing-masing agar
keyakinan diri anak berkenaan tidak berkurangan.
2. Rahsia Pelukan Dan Ciuman
Kajian menunjukkan, anak-anak yang dipeluk dengan penuh kasih sayang setiap hari akan membesar dengan emosi yang baik, berkeyakinan dan memiliki kekuatan IQ yang tinggi. Nah, sudah mengetahui rahsianya maka usah sekali-sekali biarkan anak kesayangan anda tidur atau bangun tanpa pelukan dan ciuman.

Fahamilah bahawa mereka
mempunyai perasaan ingin dibelai, dimanjakan serta disayangi oleh ibu
bapa biarpun ada ketikanya kerenah yang ditunjukkan sedikit
menjengkelkan. Terimalah bahawa ia hanya untuk menarik perhatian dan
bukannya sikap yang sebenar.
3. Dorong Anak Buat Kebaikan
Setiap kali si anak membuat kebaikan atau mencapai suatu kejayaan maka berilah kata semangat seperti ‘bagus’, ‘pandai’, ‘tahniah’ atau apa sahaja bagi menggerakkan diri mereka untuk lebih seronok melakukan perkara-perkara baik.

Seeloknya iringilah dengan perlakuan seperti
pelukan, ciuman, pemberian hadiah atau pujian untuk menunjukkan betapa
anda menghargai usaha yang ditunjukkan. Selain itu, boleh juga pamerkan
sikap ambil berat dengan membuat persiapan majlis hari jadinya atau
menyediakan hadiah biarpun harganya tidak seberapa. Anak-anak yang lahir
dari persekitaran yang menghargai dirinya akan belajar untuk menghargai
orang lain juga.
4. Hargai Barang Kesayangan Anak
Cubalah hargai barang-barang kesayangan anak terutamanya permainan biarpun tayar lorinya sudah hilang sebelah. Jangan sekali-sekali membuangnya tanpa meminta kebenaran kerana dikhuatiri si anak akan berkecil hati apabila mendapat tahu perkara yang sebenar.

Perlahan-lahan,
ajarlah si manja anda bagaimana untuk mengemas dan menyimpan kembali
mainan yang telah digunakan. Nescaya dengan cara ini, barang kesayangan
anda juga akan dijaga dengan baik kerana anda menghormati barang
kesayangan mereka.
5. Jangan Letakkan Harapan Tinggi
Usah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Ketahuilah bahawa proses perkembangan
mereka berperingkat dan berkemungkinan besar pengajaran bukanlah pada
kali pertama ilmu itu diterima. Jangan mudah berikan hukuman atau
herdikan sekiranya mereka gagal penuhi ‘kehendak’ anda setelah perkara
yang sebenarnya diketahui.
6. Carilah Masa Berkualiti
Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.

Sedarlah bahawa anak-anak ini
memerlukan anda untuk membuat sebarang keputusan. Peruntukan masa yang
berkualiti untuk mereka dan sekiranya keluar bersiar-siar, usah sesekali
lupa untuk memegang tangan sewaktu berjalan bersama. Ia sebenarnya
menjadikan si anak berasa lebih selamat dan berfikiran bahawa
kehadirannya sentiasa diperlukan.
Lahirkan Anak Kreatif Dan Cemerlang
1. Ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berfikiran positif dan menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab sebaiknya terutama soal perintah agama.

*majalah mingguan wanita 2012