Helaian Fakta Dunstan Baby Language
Ingin mengetahui memahami dan mentafsir makna tangisan bayi dengan mudah. Perunding Dustan Baby Language di Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib sedia berkongsi ilmu dengan anda.
Dunstan Baby Language merupakan sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami makna tangisan bayi. Sistem ini meliputi 5 jenis bunyi rutin yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, keperluan untuk tidur, keperluan untuk sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut (lower gas).
Bunyi-bunyi ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya: apabila paras glukosa bayi menurun dan bayi merasa lapar, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili makna lapar akan terhasil.
Sejarah Penemuan
Sejak berusia 5 tahun, Priscilla Dunstan dikurniakan kemahiran terhadap bunyi yang luar biasa. Sebagai seorang pemain viola kecil, bakat nya dikesan apabila dia mampu memainkan semula sebuah karya Mozart secara keseluruhannya hanya dengan sekali dengar. Pada ketika itu, ayah beliau, seorang pensyarah di University New South Wales, Australia menyedari bahawa puterinya itu memiliki apa yang dipanggil sebagai - photographic memory of sound.
Priscilla kemudiannya menghabiskan 10 tahun mendalami dunia opera, dengan bakatnya sebagai mezzo-soprano memudahkan beliau lebih memahami bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh badan manusia. Bakat luar biasanya mula menjadi signifikan apabila anak sulung Priscilla, iaitu Tomas dilahirkan. Naluri keibuan ditambah pula dengan bakatnya terhadap bunyi-bunyian, makin meyakinkan Priscilla bahawa tangisan bayi bukan sekadar tangisan semata-mata. Priscilla mula mencatatkan tangisan yang dihasilkan Tomas serta mengeksplorasi teknik-teknik menenangkan anaknya bagi setiap tangisan lalu memerhatikan pula tindak balas Tomas.
Bersandarkan pengalamannya bersama Tomas, teorinya telah diuji terhadap lebih 1000 bayi dengan lebih 30 kewarganegaraan. Permerhatian selama 9 tahun membawa kepada 3 Independent International Studies yang mengesahkan kewujudan bahasa universal bayi The Dunstan Baby Language.
Bagaimana Dunstan Baby Language ini berbeza?
Naluri dan gerak hati para ibu mengetahui bahawa bayi mereka mempunyai tangisan yang berbeza untuk keperluan yang berbeza. Dunstan Baby Language adalah sistem pertama yang mengajar para ibu, makna tangisan secara tepat.
Faedah menggunakan sistem Dunstan Baby Language
A. Berkesan untuk semua/universal
*90% para ibu mendapati Dunstan Baby Language adalah suatu ilmu penting dan akan mengesyorkannya pada para ibu yang lain
*100% ibu baru menyatakan sistem ini sangat bermanfaat.
* 2 dari 3 ayah mengakui, dengan mengamalkan sistem ini, tahap tekanan isi rumah telah menurun dan hubungan perkahwinan yang lebih positif telah terbentuk. Ini kerana kedua ibu dan ayah seiringan dalam kebolehan memahami dan mengurus bayi.
B. Berkesan meredakan bayi serta tidur yang tidak terganggu
*70% melaporkan bahawa bayi mereka lebih mudah diredakan
*50% ibu mendapati hasil penyusuan yang lebih baik.
*50% ibu melaporkan peningkatan dalam bilangan tidur yang tak terganggu bagi bayi dan mereka sendiri. Bila bayi dapat tidur, ibu juga boleh tidur!
C. Keyakinan pada keupayaan keibubapaan yang lebih bagus
*70% ibu bapa mendapati keyakinan diri mereka sebagai ibu bapa bertambah. Mereka merasa yakin, tenang dan merasakan mampu mengawal situasi.
Faedah Dunstan Baby Language yang dinyatakan di atas adalah disokong oleh Independence Research Studies.
TIP MUDAH
Tip menguasai Dunstan Words DENGAN CEPAT:
1. Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan body-language, ekspresi muka dan bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleks-seperti bukaan mulut berbentuk bujur untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.
2. Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage)
Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.
3. Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi
Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".
4. Tukar Posisi Bayi
Bunyi yang dihasilkan kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau dibaringkan akan mengubah sedikit bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.
5. Berlatih Mendengar Berulang Kali
Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.
*edit dari majalah pa &ma